Posted by : Unknown Friday, December 25, 2009

1 . Pemasaran affilite

Pemasaran affilite ini adalah cara buat duit di internet yang lansung tidak menggunakan modal . Kita hanya perlu mempromosikan dan memasarkan produk - produk yang telah siap untuk dijual contohnya seperti e - book . Namun begitu , kita haruslah pandai memilih produk - produk yang ingin disertai kerana terdapat beratus - ratus produk di pasaran . Ganjaran bagi program affiliate ini biasanya akan diberikan dalam bentuk komisyen bergantung kepada jualan yang dibuat oleh seseorang peserta itu . Untuk melariskan produk yang anda promosikan itu , mungkin anda boleh menawarkan perkhidmatan ataupun hadiah percuma sebagai saguhati kepada barang yanag akan dibeli .

2 . Menjual barang - barang samada yang baru ataupun terpakai

Kaedah ini melibatkan promosi untuk anda menjual barangan peribadi anda ataupun barangan lain kepada pengguna secara online . Selain menjimatkan kos , pengguna juga akan lebih pantas mendapat maklumat tentang barang yang anda jual melalui internet .
Contohnya adalah melalui Mudah.com . Anda juga boleh mempromosikan barangan yang ingin anda jual melalui laman web sosial seperti freindster , facebook , Myspace dan sebagainya .

3 . Menjual e - book

Penjualan e - book memang tidak dapat dinafikan mendatangkan untung yang lumayan jika maklumat yang disampaikan didalam e - book itu memenuhi kehendak dan citarasa pengguna . Justeru itu , seseorang yang ingin menceburi bidang penulisan e - book harusah membuat kajian tentang maklumat yang paling tinggi diinginkan oleh pengguna dan cuba menterjemahkan maklumat itu kedalam bentuk yang lebih mudah dan cepat seperti e - book .

4 . Menjual Artikel Anda
Jika anda mempunyai minat dalam bidang penulisan, maka tahun 2010 adalah peluang terbaik untuk anda menjual kebanyakkan artikel anda. Anda boleh mula menulis artikel dalam niche yang anda minati dan jual pada blog-blog yang bersesuaian. Saya sarankan agar anda menawarkan harga dalam bentuk pakej seperti RM10 untuk 10 artikel.
Artikel yang ditulis tidak perlu terlampau panjang kerana para pembaca jarang meluangkan masa mereka terlalu lama untuk membaca artikel anda. Dengan kata lain, cukuplah sekadar ia dapat menambah ilmu pengetahuan dan mendidik pembaca.
Pastikan anda menghubungi tuan empunya blog dengan cara yang beretika. Jika mereka tidak menerimanya, jangan mudah berputus asa. Sentiasa beringat bahawa “Success does not come overnight”. Teruskan usaha anda.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © nicotine polacrilex - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -